“Kita enjoy..” walau paha berlaga, Noreen Iman yakin buat ‘catwalk’
Baru-baru ini, pelakon dan influencer terkenal, Noreen Iman menjadi bualan netizen apabila dia tampil melakukan aksi ‘runway’ di acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2022 (KLFW22) di Pavilion yang telah melabuhkan tirainya, minggu lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Noreen di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar ketika dia menjadi salah seorang daripada barisan ‘muse’ untuk koleksi Neostalgia bagi label fesyen Neonate.
Ujar Noreen menerusi kapsyennya, wanita yang memakai baju ‘plus size’ adalah bukan satu penghalang untuk dia menyertai ‘runway’ tersebut.
Apa yang lebih penting bagi pelakon yang berusia 28 tahun itu, keyakinan adalah kunci segala-galanya untuk tampil lebih berani di khalayak orang ramai.
“Catwalk Norreen. Bukan buat persembahan. Plus size tak plus size, kita enjoy. Walaupun paha berlaga berirama muzik jedag jedug,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya sebelum ini, dia menitipkan ucapan terima kasih buat pihak yang terlibat memberi kepercayaan kepadanya untuk melakukan peragaan menerusi program fesyen tahunan terkemuka itu.
Suka dengan keyakinan Noreen!
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Noreen yang mempunyai keyakinan tinggi untuk melakukan peragaan di depan khalayak orang ramai.
Slayyy betul lah dia ni! sangat berani!
Bagi mereka, tidak semua orang mempunyai keberanian yang dimilikinya kerana setiap orang mempunyai ‘insecure’ yang tersendiri untuk berhadapan dengan umum.
Sumber: Instagram @norreen143