“Kita berbulan berkurung, tapi mereka..” – Chef Wan kesal warga asing bebas berkumpul

“Kita berbulan berkurung, tapi mereka..” – Chef Wan kesal warga asing bebas berkumpul

Selebriti chef terkenal, Chef Wan meluahkan rasa tidak senang hati dan bimbang melihat kebebasan warga asing untuk berkumpul dan beriadah ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan penularan COVID-19.

Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa kesalnya itu apabila melihat sekeping foto tular yang menunjukkan kebebasan warga asing Bangladesh dan India berkumpul beramai-ramai serta menjalankan aktiviti jual beli di satu kawasan di Meru, Klang.

Kita semua nak mati berbulan-bulan sanggup berkurung dalam rumah. Bagaimana nak landaikan lekuk Covid-19 kalau begini sikap mereka.

 

 

Dalam pada masa yang sama juga, Chef Wan turut mempersoalkan pemantauan dari pihak berkuasa di kawasan perkumpulan warga asing itu.

Mana pula polis atau askar di sekitar kawasan Meru, Klang ketika semua ini berlaku?

Chef WanSumber : Instagram Chef Wan  

 

Dalam pada itu, Chef Wan berharap agar perkara tersebut segera ditanggani oleh pihak berkuasa dan diberikan tindakan yang sewajarnya buat mereka agar tidak bebas keluar seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

SUMBER : Kosmo Online