‘Kisah puteri yang tertukar’ – Pasangan kembar baru tahu mereka tertukar 20 tahun lalu

‘Kisah puteri yang tertukar’ – Pasangan kembar baru tahu mereka tertukar 20 tahun lalu

Bagaikan kisah ‘Puteri Yang Tertukar’, rupa-rupanya berlaku juga dalam kehidupan harian kita. Kisah tragis ini terpaksa dilalui oleh dua keluarga apabila tiga bayi mereka yang dilahirkan 20 tahun lalu rupa-rupanya tertukar gara-gara kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara ini disedari selepas Adryani Iwani Ibeni Yanin, ‘kembarnya’ Adryana Iwani serta kembar sebenarnya Noratirah Husin selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lalu.

 

Terjumpa gadis seiras kembarnya ketika di Tingkatan 4

Menurut Adryani Iwani, Semasa di Tingkatan 4 dia mengikuti kem motivasi dan terdapat rakan daripada sekolah lain yang memberitahu bahawa wajahnya seiras dengan rakan mereka iaitu Noratirah. Gadis berkenaan kemudiannya meminta gambar gadis yang dikatakan seiras dengannya sebelum mereka berkongsi akaun Instagram Noratirah.

Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggila untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa.

Walau bagaimanapun, secara tidak sengaja mereka bertemu di Karnival Jom Masuk U dan masing-masing terkejut dan memandang antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka bahawa wajah mereka memang sama dan rupa-rupanya tarikh lahir mereka juga sama selepas rakan mereka hantar gambar sambutan hari lahir Noratirah.

Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama macam saya, sekali tengok, eh… betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian.

Setuju buat ujian DNA

Noratirah dikatakan telah menghubungi Adryani Iwani menerusi Instagram dan mereka bersetuju untuk membuat ujian DNA. Ujian berkenaan dibuat menggunakan sampel darah daripada Adryani Iwani, ibunya (Siti Aminah Ismail), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah (Husin Omar).

Lebih mengejutkan lagi apabila keputusan ujian berkenaan mendapati bahawa 99.99 peratus menunjukkan Adryani Iwani dan Noratirah sebenarnya kembar. Akibat mendengar keputusan itu, ibunya terduduk dan hanya mampu menangis.

Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah.

Ibunya mengatakan bahawa dia tidak mengesyaki apa-apa ketika mereka baru dilahirkan kerana kedua-dua bayi berkenaan diletakkan tag namanya dan tidak sangka sebenarnya bayinya telah tertukar.

Tetap anggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga sendiri

Setelah mengetahui perkara sebenar, mereka tetap menganggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga mereka dan meminta untuk tinggal bersama keluarga.

Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui.

Noratirah yang sebelum ini dikatakan tinggal bersama ‘bapanya’ juga telah tinggal bersama mereka sejak Januari lalu dan mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan diatas kecuaian petugas hospital berkenaan. Mereka sedang dalam proses untuk melantik peguam bagi menguruskan isu tersebut.

Sumber : Bernama , Adryani Iwani