Kisah paus beluga terlalu rapat dengan manusia, “Persahabatan tidak mengenal siapa”

Kisah paus beluga terlalu rapat dengan manusia, “Persahabatan tidak mengenal siapa”

Ikan paus beluga ini adalah spesis hidupan laut mamalia yang ciri fizikalnya agak unik. Biarpun hidup di laut, ada juga yang memelihara hidupan ini di tempat khas bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan lain-lain.

Terbaharu satu video yang memaparkan kisah paus beluga ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan haiwan ini sejak dari kecil dijaga dan diasuh oleh seorang lelaki. Bermain bersama, diberus gigi hidupan ini dan lelaki ini memang nampak sangat rapat dengan paus beluga tersebut.

Screenshot at Oct 06 10-39-00

Bagaimanapun satu hari lelaki tersebut bertukar tempat kerja dan ikan paus ini kesedihan kerana kehilangan teman rapat. Malah jelas kelihatan mata ikan paus beluga ini yang kesedihan dan ia juga tidak mahu makan sehingga jatuh sakit.

Berikut adalah rakaman kisah paus beluga terlalu rapat dengan manusia yang dikongsikan ini:

@tdeypeacexoon

cepat sembuh ya beluga gemoy #squadpaus #for #fypシ

♬ Surrender – Natalie Taylor

Perkongsian rakaman mengenai kisah ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok turut menyentuh hati penonton. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Dari sini kita belajar, kasih sayang merupalan hal paling berkesan dalam hidup”

Kisah paus belaga 3

“Video ini mempunyai bau bawang”

Kisah paus belaga 2

“Please, kumohon video call kan sahabatnya jangan sampai beluga sakit lagi kehilangan seseorang terdekat memang sakit”

Kisah paus belaga 1