Khairul Aming terima pujian ramai, beri ucapan penuh dalam bahasa melayu

Khairul Aming terima pujian ramai, beri ucapan penuh dalam bahasa melayu

Sebut sahaja nama Khairul Aming, memang rata-rata rakyat Malaysia cukup mengenali personaliti media sosial ini. Telah berkecimpung dalam bidang video masakan selama lima tahun, Khairul Aming kini berjaya mencipta nama dan imejnya yang tersendiri serta mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosialnya.

Baru-baru ini, Khairul Aming telah terpilih mewakili ‘content creator’ di Malaysia dan menghadiri majlis TikTok For You Stage yang diadakan di Indonesia. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Khairul Aming sempat berkongsikan video persiapan untuk ke majlis tersebut termasuklah menempah pakaian dari pereka fesyen.

Selain itu, apa yang menarik perhatian ramai ialah video usahawan itu memberikan ucapan di atas pentas bagi mewakili Malaysia. Lebih menarik lagi, Khairul Aming menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sewaktu memberikan ucapan semasa siaran langsung tersebut.

 

 

Di dalam ucapannya itu, Khairul Aming berkongsikan inspirasi di sebalik video yang dihasilkan selama ini adalah datang dari pengikutnya sendiri. Malah dia turut meluahkan rasa gembira apabila video masakan yang dihasilkan telah banyak membantu rakyat Malaysia termasuklah mereka yang menggunakannya untuk perniagaan mereka sendiri.

“Jadi semua kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun video sepanjang satu minit.”

 

 

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa bangga melihat Khairul Aming yang telah mewakili Malaysia di mana dia sememangnya layak berada di situ. Dalam masa yang sama, netizen turut kagum melihat personaliti media sosial itu menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya walaupun semasa berada di luar negara.

“The best part KA still cakap bahasa melayu sebab sesetengah daripada akan auto cakap indo.”

khairul aming

“Terharunya bila KA speech guna bahasa malaysia.”

personaliti

“Bagus sangat jawapannya. Seorang influencer yang tak perlu buat aksi tak elok untuk dapat nama…”

komen

“Alhamdulillah kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Malaysia di negara orang.”

tik tok

 

SUMBERINSTAGRAM