“Ketuk-ketuk kepala lutut” video masak di ladang bikin ramai terhibur

Jika ada satu ketika dulu resipi pelbagai menu masakan dikongsikan secara turun temurun. Kemudiannya melangkah pula ke generasi di mana koleksi resipi dihimpunkan pula ke dalam satu buku atau pun majalah. Namun begitu, seiring dengan teknologi kini ramai yang belajar memasak dengan menonton video di Youtube mahu pun media sosial.

Lihat sahaja hari ini ramai yang mula terkenal menerusi video masakan seperti Khairul Aming, Che Nom dan beberapa individu lain lagi. Biarpun begitu, setiap yang berkongsikan resipi ini ada cara tersendiri yang menjadikan mereka unik.

Sama seperti seorang lelaki ini yang berkongsikan resipi telur masak lemak cili padi menerusi laman Tiktok miliknya. Biarpun bukanlah orang yang biasa berkongsikan video masak-memasak, namun hasil yang dimuat naik olehnya ini cukup mendapat perhatian ramai.

Caranya agak kreatif dan yang penting menghiburkan. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok ladang bro ini:
Video resipi telur masak lemak cili padi oleh lelaki ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 200 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen.