‘Ketam kelapa’ macam makhluk dalam Alien vs Predator buat ramai tak senang duduk
Apabila bercakap tentang ketam, kita akan membayangkan makanan laut bercengkerang dengan isi yang lembut tetapi mahal dan sukar untuk dimakan. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini tular gambar seekor makhluk aneh yang dikatakan sejenis ketam, membuatkan ramai terkejut untuk mendapati bahawa terdapat lebih dari satu jenis ketam di planet ini.
Apa yang menariknya, makhluk yang ditunjukkan dalam gambar-gambar yang tular itu tidak ubah seperti makhluk dalam filem Alien vs Predator, sekali gus membuatkan netizen meremang.
Fuck no. pic.twitter.com/rldY7NJZNA
— HishamLee #FreeBritney (@Heeshlee) June 25, 2021
Namun ada yang mendakwa bahawa makhluk yang hanya keluar pada waktu hujan atau panas itu adalah sejenis ketam kelapa dan tidak perlu dibunuh kerana ia tidak berbahaya dan sebelum ini dipercayai telah pupus.
En esta temporada de lluvias es muy común ver a estos animalitos salir, por favor no los mates, son un tipo de araña inofensiva que nutre a las plantas y ayudan a mantener el ecosistema que las rodea, se llaman Arachnida-Abrahzacarita de la familia de los artrópodos ☺️ RT🙏🏻 pic.twitter.com/9ufzPmEbqB
— LuisValLe® Tu desconocido favorito. (@LuisValLeAnaya) June 24, 2021
Dalam gambar-gambar yang tular, makhluk tersebut yang lebih besar dari ketam biasa dan berekor panjang dilihat memanjat dinding dan memasuki rumah yang dikelilingi kawasan hutan.
Macam ni rupanya ketam kelapa, ini kalau masuk rumah aku ke apa memang aku lari dulu. pic.twitter.com/JlTKqYIedu
— anor (@chlriedes) June 26, 2021
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mencari gambar ketam kelapa dan rupanya lain dari makhluk di dalam gambar yang tular, menyebabkan ramai bingung.
lahhh kalau ini ketam kepala habistu yg kat atas tu ketam apa? ketam labah labah ke?
— ❀ (@misscr0issant) June 27, 2021
Iqbal Ahyar, influencer sains terkenal di TikTok turut tampil untuk menjelaskan tentang makhluk menakutkan itu, yang mana menurutnya, haiwan dipanggil sebagai manumala noxhydria itu adalah sejenis parasit yang akan melompat ke atas muka manusia untuk memakan organ dalaman. Tetapi makhluk itu hanyalah makhluk fiksyen yang tidak wujud.
@iqbalahyar #stitch with @sis_farah ramai yang tag, so here’s the explanation 🥺 #science #biology #TikTokGuru #outerspace