Ketam cuba larikan diri dari dimasak, malah terkantoi menyorok di ruang tamu
Musim PKP kini eloklah sekiranya orang ramai masak sendiri di rumah. Selain dapat berjimat cermat, memasak sendiri di rumah juga dapat mengelakkan diri dari keluar rumah dan risiko penularan wabak.
Namun begitu lain pula halnya seorang wanita ini yang memilih untuk masak ketam sebagai hidangan seisi keluarga. Dalam satu video yang tular baru-baru ini wanita tersebut terkejut apabila menemui seekor ketam tersesat sesudah siap masak hidangan itu.
Bermula dengan dia menunjukkan sekuali hidangan ketam yang sudah disiapkan, namun wanita itu kemudiannya menunjukkan penemuan seekor ketam hidup berhampiran sofa di ruang tamu. Dah macam mana pula ada ketam tersesat seekor kat situ?
Di ruangan kapsyen, wanita itu menerangkan yang suaminya membeli 5 ekor ketam. Masa siang pun ada 5 ekor ketam dalam sinki dan begitu juga masa masak. Tapi bila selesai masak dia terkejut apabila menemui seekor lagi ketam di ruang tamunya.
Berikut adalah video yang dikongsikan wanita ini di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini:
Kisah ketam tersesat oleh wanita ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Bela la…Kesian pulak aihhh tengok dia”
“Gaya dia tu macam kucing menikuih ja”
“Dia soh masak yang lain untuk nya gulai tak mau serupa”