“Kesilapan saya” – isu tular babak rogol, Fauzi Nawawi minta maaf
Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya menceritakan babak rogol membabitkan pelakon wanita, Raja Farah dalam filem Anak Halal.
Pelakon ini menjelaskan, program tersebut sebenarnya sudah lama ditayangkan di kaca TV. Namun, ianya kembali hangat diperkatakan sehingga kecoh di Twitter.
Saya tahu berita ini dah malam. Kebetulan tengah shooting scene berat, saya ignore. Saya tutup komen sebab tak nak mengganggu fikiran saya.
Jelas pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, habis sahaja recording program itu dia ada meminta pihak penerbit dan produksi memotong mana-mana yang sensitif.
Apabila bersembang sesama lelaki, Fauzi mengaku salah terlepas cakap perkara tidak sepatutnya. Dia sedar ada bahagian sensitif yang tidak perlu ditayangkan kepada umum. Tetapi sayangnya rancangan itu sudah ditayangkan dua kali, katanya.
Fauzi mengaku jahil dan tidak baik, tetapi dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Dia sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia langsung tiada niat untuk mengaibkan Raja Farah dan suami.
SUMBER : Instagram Fauzi Nawawi