“Kesian + lawak”-Lelaki sanggup tunggu tepi restoran sementara rakan lain Dine-In

“Kesian + lawak”-Lelaki sanggup tunggu tepi restoran sementara rakan lain Dine-In

Memandangkan sekarang ini aktiviti dine-in di restoran sudah dibenarkan, tentunya ramai yang cukup teruja untuk kembali menjamu selera di luar. Namun lain pula yang berlaku pada sekumpulan lelaki ini apabila salah seorang rakan mereka masih lagi tidak memenuhi syarat untuk makan bersama di restoran.

Malah reaksinya yang terpaksa menunggu di tepi restoran sementara menunggu rakan yang lain makan turut menghiburkan netizen. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@hasrulamin16

Yang tau je tau😂😂😂😂 #fypシ #fypdongggggggg

♬ Dunia Khayalan – .

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan beberapa orang lelaki sedang menjamu selera di sebuah restoran. Seperti yang semua sedia maklum, kebenaran untuk dine-in di restoran hanya dibenarkan kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin sahaja.

Semasa rakan-rakan yang lain sedang menjamu selera, rupa-rupanya salah seorang dari mereka sedang duduk menunggu di tepi restoran tersebut. Lebih melucukan, reaksinya yang hanya mampu memandang sahaja rakan-rakan yang lain makan mencuit hati netizen.

restoran

Manakala rakan-rakan yang lain hanya mampu tersenyum dan ketawa melihatkan reaksi sedih dari lelaki itu. Menurut pemilik video, lelaki itu menunggu rakan yang lain selesai makan kerana salah seorang dari mereka itu menumpang motornya dan perlu dihantar pulang.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi lelaki itu yang sanggup menunggu di luar restoran. Ada juga yang memahami situasi yang dialaminya ini apabila mereka juga masih lagi tidak dibenarkan untuk dine-in di restoran seperti yang lain.

“Tapau lah teh oh ais ikat tepi takde lah sedih nau tengok.”

lelaki tunggu

“Ni kalau aku, mau ayaq mata bertimba.”

dine-in

“Nasiblah dekat je member makan…”

komen

“Respect orang ikut peraturan.”

tik tok