Kesatuan pekerja KTM rayu Anwar Ibrahim pertimbang lantik Anthony Loke sebagai menteri pengangkutan

Kesatuan pekerja KTM rayu Anwar Ibrahim pertimbang lantik Anthony Loke sebagai menteri pengangkutan

Kemelut politik negara akhirnya sudah berakhir beberapa hari lepas selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Walaupun buat masa ini senarai menteri kabinet yang baru masih belum didedahkan kepada umum, namun permintaan dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah meraih perhatian warganet.

3 3

Sumber: The Star
Gambar sekadar hiasan

Ini kerana kesatuan tersebut telah merayu agar Perdana Menteri Malaysia memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk melantik YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan negara kita yang baru.

Kesatuan pekerja KTMB itu telah berkata sedemikian dalam satu kenyataan. Anda boleh baca kenyataan tersebut di sini.

 

Dalam kenyataan tersebut, Abdul Razak Md Hassan iaitu Presiden Kesatuan Pekerja KTMB berkata bahawa pihak kesatuan memberi sokongan tersebut berdasarkan rekod baik yang ditunjukkan oleh Anthony Loke ketika beliau menjawat jawatan tersebut dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

Pihak Kesatuan turut percaya, sekiranya pelantikan Menteri Pengangkutan Malaysia ini dibuat kepada YB Anthony Loke, maka, pengangkutan awam, khususnya akan menerima limpah kebaikan, yang terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien, berbanding apa yang berlaku ketika hari ini,” 

2 2

Sumber: The Star

Apa yang lebih menarik ialah, ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan dahulu, beliau turut mengatakan bahawa penjawat awam tidak perlu membazirkan masa untuk menyambutnya.

 

Anda boleh lihat video temubual tersebut di sini.

 

Kalau dah kesatuan pekerja pengangkutan awam pun mengharapkan beliau menjadi Menteri Pengangkutan baru, kita boleh nampak lah kan bahawa beliau memang betul-betul berdedikasi dalam melaksanakan tugas.

Sumber: Berita Harian