Kesan sampingan makan BTS Meal buat ramai terkejut, “Patutlah ramai…”

Kesan sampingan makan BTS Meal buat ramai terkejut, “Patutlah ramai…”

Kolaborasi restoran makanan segera McDonald’s dan BTS berjaya mencetuskan satu fenomena baru-baru ini. Begitu juga dengan Army di Malaysia yang begitu teruja membeli BTS Meal itu dan berkongsikan gambarnya di media sosial.

Sama macam yang dikongsikan oleh lelaki ini yang berkongsikan kesan sampingan yang dirasainya selepas menikmati set makanan itu. Video reaksinya itu turut tular dikongsikan dengan hampir lima juta tontonan setakat ini.

@azminzainal_

Lain macam penangan bts ni eh

♬ original sound – Princemeen – ΛZMIП 🎞

Menerusi video yang dikongsikan ini, dapat dilihat lelaki itu berjaya membeli BTS Meal itu yang didatangkan bersama set nugget. Dia kemudian mencuba makan nugget ayam tersebut namun lain pula yang berlaku pada dirinya.

Sebaik saja dia mencubanya, lelaki itu terus berubah menjadi seorang ‘oppa’ dengan berlatar belakangkan lagu dari kumpulan BTS. Seolah-olah ianya adalah kesan penangan daripada set makanan itu.

Reaksinya ini turut membuatkan netizen berdekah dan tidak menyangka dengan perubahan yang dialami lelaki itu. Ada juga yang berseloroh mungkin itulah sebabnya set makanan itu laris dijual dan dibeli peminat kumpulan  itu.

“Patut lah ramai orang beratur macam tak pernah makan nugget. Rupanya makan je boleh ubah jadi muka BTS..”

lelaki kongsi

“Murung aku macam ni.”

BTS

“Cuba minum air dia, kot-kot tetiba keluar suara jungkook ke.”

komen

“Tak masalahnya filter tu kena dengan dia.”

tik tok