Kesan minum coke terhadap hati, “Mana kau dapat…”
Meneguk minuman sejuk berkarbonat ketika haus pada hari yang panas adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.
Walaupun ramai orang tahu bahawa meminum minuman berkarbonat dengan kerap adalah tidak baik untuk kesihatan mereka, hakikat itu tidak menghalang mereka dari menikmati air bergas tersebut.
Selain menghakis enamel gigi dan menarik kalsium dari tulang, kandungan gula dalam minuman berkarbonat juga meningkatkan berat badan dan mendorong kepada obesiti. Tetapi apabila sudah ada soda atau coke di hadapan mata, sukar untuk kita menolak.
Baru-baru ini sebuah video mempamerkan kesan minuman berkarbonat ke atas hati manusia pula, sekali gus menari perhatian orang ramai.
How ur Liver reacts when u drink coke pic.twitter.com/5q0ENZPh8S
— MANDLA TOVEY JIVINDAVA (@MandlaJivindava) April 26, 2021
Dalam video berkenaan, seorang lelaki meletakkan sekeping daging yang kelihatan seperti organ hati ke dalam bekas plastik.
Dia kemudian menuangkan satu botol kecil Coca Cola ke dalam bekas tersebut dan membiarkan daging berkenaan di dalam minuman itu.
Selepas 24 jam, lelaki tersebut mengeluarkan semula daging dari dalam bekas berkenaan dan menunjukkan tekstur daging itu yang telah berubah, sekali gus membuktikan kesan buruk minum coke terlalu kerap.
Namun ternyata rata-rata netizen tidak mengambil eksperimen itu secara serius.
“Ada perbezaan antara minum coke dengan rendam hati dalam coke…
there's a difference between drinking coke and marinating your liver on it
you'd be surprised how strong stomach acid is https://t.co/mG10ewb3Lg— s i mm o n s (@tomatothepotato) April 29, 2021
“Aku hanya minum alkohol…”
Mad unhealthy smh that’s why I only drink alcohol. https://t.co/E4ao4l8PIk
— BROOKLYNsoul (@IvyyyB) April 28, 2021