“Kerja jangan sampai lupa mak ayah” – Hairul Azreen titipkan pesanan buat semua

“Kerja jangan sampai lupa mak ayah” – Hairul Azreen titipkan pesanan buat semua

Hairul Azreen dan keluarga kelihatan bahagia beberapa hari ini apabila mengambil peluang untuk bercuti selepas kerajaan membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri.

Dilihat bergembira menaiki helikopter dan kapal layar mewah, pelakon aksi itu menitipkan pesanan supaya tidak melupakan keluarga meskipun sibuk dengan kehidupan.

Sibuk macam mana pun sebab dari dulu lagi saya buat macam-macam kerja, saya tahu ada sahaja masa untuk kita cuti sehari untuk bersama keluarga sebab kita hidup kena seimbang.

hairul azreen dan hanis zalikha

 

Jangan jadikan sibuk itu sebagai alasan untuk membelakangkan tanggungjawab terhadap figura penting dalam hidup. Jikalau tidak dapat berjumpa pun, ambil masa untuk menghubungi mereka.

Kerja jangan sampai lupa mak abah, kerja jangan sampai lupa adik beradik, kerja jangan sampai lupa anak-anak.

Dalam pada itu, Hairul turut berkongsi bahawa dia pernah berimpian untuk memliki kereta ‘sport’ semasa bekerja mengambil upah mengecat pada suatu ketika dahulu.

Walaupun ditertawakan pada ketika itu oleh rakannya, Hairul mengambil positif mengenainya dan terus bergerak menuju ke arahnya dan merealisasikannya kini.

Hebat kan Hairul?

 

 

SUMBER : Kosmo!