Kereta terbabas ketika race, Nabilah Razali alami hyperventilation

Kereta terbabas ketika race, Nabilah Razali alami hyperventilation
Pelakon dan penyanyi Nabila Razali berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya ketika perlumbaan pada hujung minggu lalu terbabas dan melanggar dinding pembahagi jalan.
Ekoran daripada kejadian itu, Nabila berdepan keadaan hyperventilation dan serangan panik hingga terpaksa dirawat oleh pasukan kecemasan ketika di lokasi.
“Semalam (Ahad) bukan hari yang baik untuk saya kerana saya berdepan kemalangan lepas tu saya hyperventilation dan sedikit anxiety serta trauma.
“Tapi saya dah semakin okey, semalam pun saya ambil drip daripada pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Mereka memang menjaga saya siap buat lawak lagi waktu tengah drip tu untuk alihkan perhatian saya daripada kesakitan dan fikir pasal masalah semua.
“Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories.