Kereta ditenggelami air, lelaki selamatkan diri panjat bumbung kereta.

Kereta ditenggelami air, lelaki selamatkan diri panjat bumbung kereta.

KUALA LUMPUR – Sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, dekat sini kira-kira pukul 3.37 petang.

Turut kelihatan puluhan kenderaan juga terkandas kerana tidak dapat melalui jalan berkenaan yang sudah ditenggelami air.

Keadaan tersebut turut menyebabkan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah kenderaan terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam. –