Kereta bolos, cium lantai mall di Kota Kinabalu

Kereta bolos, cium lantai mall di Kota Kinabalu

Satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan berlaku di tempat letak kereta di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi, lapor Info Kemalangan dan Bencana Malaysia.

Dalam satu hantaran, laman Facebook itu berkata setakat ini maklumat semasa mengenai kejadian tersebut masih tidak diketahui dan jenis kenderaan serta mangsa yang terlibat juga belum dikenal pasti.

“Kejadian berlaku sebentar tadi di parking Kompleks Asia City Kota Kinabalu. Tiada info keadaan mangsa,” memetik hantaran laman Facebook berkenaan.

Gambar: FB Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Gambar: FB Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia