Kereta belakang ‘follow’, Ambulans suruh polis saman, “Macam mengadu kat mak…”

Kereta belakang ‘follow’, Ambulans suruh polis saman, “Macam mengadu kat mak…”

Tindakan mengekori kenderaan lain dengan rapat dari belakang bukan sahaja menyalahi undang-undang malah turut membahayakan keselamatan. Apatah lagi jika kenderaan yang diekori adalah sebuah ambulans.

Ambulans biasanya diberikan keutamaan di jalan raya kerana mereka membawa pesakit dan perlu segera tiba di hospital jadi laluan kecemasan tidak boleh digunakan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Namun ada sahaja segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dan mengekori dari belakang ambulans untuk mengelak dari kesesakan jalan raya.

Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini dengan kesudahan yang membuat penonton puas hati.

Video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter itu menunjukkan sebuah Toyota Hilux sedang mengekori sebuah ambulans yang memasang lampu kecemasan dengan rapat.

Tidak selesa diekori kenderaan besar tersebut, pemandu ambulans bernasib baik apabila terjumpa dengan sebuah kereta polis di laluan sebelah kiri.

Apabila berselisih dengan kereta polis tersebut, pemandu ambulans menggunakan pembesar suara dan mengadu pada anggota polis itu untuk saman kereta di belakangnya.

Sebaik mendengar aduan ambulans, Toyota tersebut terus berhenti sementara kereta polis segera masuk ke kanan untuk menahan kenderaan berkenaan.