Kerbau ‘Kampung Boy’ makin banyak yang mati

Kejadian kerbau mati mengejut milik Shukor Khamis, remaja yang terkenal dengan fotografi menarik bersama kerbau peliharaannya terus berlaku lagi hari ini.

Melalui muatnaik hantaran dan gambar yang dimuatkan dalam facebooknya, Shukor melahirkan rasa sedih dengan musibah kematian kerbau-kerbau yang terus meningkat pagi ini.

“Pagi ini ianya masih….” tulisnya dengan disertai gambar kerbau yang mati.

Semalam, dilaporkan lebih 30 ekor kerbau yang dijaga bersama bapanya Pak Khamis mati secara mengejut.

Punca kejadian kerbau mati mengejut dipercayai berpunca daripada penyakit Hawar Berdarah.

tempoyak.net