Kerap dipandang rendah, gadis kongsi kisah ditolak bekerja kerana berbadan besar

Kerap dipandang rendah, gadis kongsi kisah ditolak bekerja kerana berbadan besar

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman  ketika menghadiri temuduga ataupun memulakan pekerjaan. Perasaan gemuruh itu sudah tentu ada dan mahukan penampilan diri terlihat kemas serta memastikan majikan mengambil kita sebagai pekerja.

Kongsi pengalaman ditolak kerja

Namun, tak semua mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan ketika memulakan sesuatu pekerjaan. Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tomey8, dia telah berkongsi momen sedih diminta untuk pulang selepas diterima kerja setelah majikan melihat penampilannya.

@tomey8

komen siapa nak sambungan part2

♬ bunyi asal – tomey – tomey

Ramai yang pandang rendah ketika gemuk

Pada awal perkongsian video tersebut, dia telah memberi nasihat kepada warganet supaya belajarlah menurunkan berat badan sebelum memohon sesuatu pekerjaan agar tidak mendapat nasib yang sama sepertinya.

Pengguna TikTok itu juga mengakui niat asal untuk menurunkan berat badan supaya boleh solat dengan lancar dan tidak dipandang rendah lagi oleh orang sekeliling.

@tomey8

pengalaman mintak keje tapi di tolak part 2

♬ bunyi asal – tomey – tomey

Ramai yang sebak dengar cerita dia

Video yang sangat menyebakkan itu juga telah mendapat perhatian warganet apabila dikongsikan semula oleh pengguna media sosial di laman Twitter.

Rata-rata daripada mereka berasa sebak mendengar kisah penghinaan yang diterima oleh wanita itu hanya disebabkan berbadan besar.

Memang hinaan tu biasa dari family sendiri

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikToknya dengan mengakui sedih mendengar apa yang diceritakan @tomey8.

Ramai juga yang pernah melalui situasi sama dan telah memberikan kata-kata semangat buat pengguna TikTok itu agar terus bersabar serta teruskan misi untuk menurunkan berat badan.

Karma sentiasa ada

Aku menangis dengar dia cakap

Teruskan berusaha sis. Ramai yang sokong awak

Ramai yang pernah rasai pengalaman sama

Jadikan pembakar semangat untuk kita bangkit

Sumber: TikTok @tomey8, Twitter @AzrilViena