“Kerajaan tak gagal, yang gagal kita lah kot!” – Fizz Fairuz pesan agar rakyat sentiasa berhati-hati

“Kerajaan tak gagal, yang gagal kita lah kot!” – Fizz Fairuz pesan agar rakyat sentiasa berhati-hati

Akibat dari kenaikan kes harian secara mendadak semalam, pelakon Datuk Fizz Fairuz memerli dan menyifatkan kerajaan telah gagal untuk membendung kes harian yang semakin meningkat di Malaysia.

Menerusi hantaran yang telah dimuatnaik olehnya baru-baru ini, Fizz memesan agar rakyat untuk sentiasa berhati-hati terutamanya penduduk di Selangor dalam menghadapi cabaran ini.

Cantik, naik lagi kes hari ini 11,618 kes. Warga Selangor hati-hati, negeri lain pun sama juga.

Menteri kata kerajaan tidak gagal, yang gagal kita kot! So kita jaga kita je lah. Kita mampu!

Hantaran sebelum itu, pelakon tersebut ada juga bertanya kepada orang ramai untuk meneka berapa jumlah kes harian yang akan direkodkan pada hari tersebut.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon Munafik itu mengenai kerajaan telah gagal untuk membendung kes harian wabak ini di Malaysia.

Kredit: Instagram Fizz Fairuz