Kerajaan perpaduan setakat ini di sertai PH, BN dan GPS, Perdana Menteri ke-10 umum cuti kelepasan am
Dalam sidang media pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi, PM menjelaskan Kerajaan Perpaduan ini dianggotai Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) setakat ini.
Anwar Ibrahim turut mengumumkan sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 19 Disember ini.
Tanpa melupakan janjinya untuk memberikan cuti sebelum ini jika dilantik sebagai PM, Anwar Ibrahim mengumumkan cuti peristiwa akan diberikan pada hari Isnin (28 November 2022). Cuti panjang sikitlah hari minggu ni kita.
Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan