Kepala dihantuk, diseret ke dapur & bersalin atas lantai, lagi kekejaman rumah kebajikan viral terbongkar?

Kepala dihantuk, diseret ke dapur & bersalin atas lantai, lagi kekejaman rumah kebajikan viral terbongkar?

Seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Fadhli Salleh berkongsi pendedahan oleh seorang ibu tentang kekejaman yang dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan yang baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

 

Lagi kekejaman terbongkar

Sekadar gambar hiasan

Menurut perkongsian Mohd Fadhli Salleh di Facebook, rumah kebajikan viral ini pada awalnya sangat bagus kerana penubuhannya bertujuan untuk menempatkan remaja yang hamil diluar nikah, mereka yang tidak diterima keluarga dan sebagainya. Difahamkan, kesemua individu ini akan dijaga dengan baik sehinggalah bayi dilahirkan.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku apabila ada pihak mendakwa rumah kebajikan viral ini sengaja menyembunyikan penderaan yang berlaku di sana demi demi menjaga imej dan reputasi seseorang.

Ada sukarelawan yang sangat pengasih lagi penyayang buat aduan pun mereka tak layan. Sukarelawan ini tidak sesekali rela dan redha dengan perbuatan penderaan, namun katanya, mereka cuma watak kecil sahaja sedangkan yang menutup hal ini orang ada nama dan jawatan besar dalam organisasi ini.

Seorang wanita yang enggan dikenali identitinya menceritakan kepada Mohd Fadhli Salleh tentang pengalaman hitam yang pernah dilalui anaknya ketika menetap di rumah kebajikan viral itu. Dakwa individu ini, anak perempuannya yang hamil diluar nikah telah dimasukkan ke rumah kebajikan viral tersebut.

Dalam masa 3 hari, anak saya dilayan teruk. Kepala dihantuk ke dinding, di cekik, bermacam-macm lagi. Anak saya hendak melarikan diri sampai panjat pagar. Tak dilayan sampai bersalin atas lantai.

Kepala dihantuk ke dinding

Sekadar gambar hiasan

Dakwa Mohd Fadhli Salleh, ada di antara penghuni di sana telah dipukul dengan batang buluh sehingga meninggalkan kesan luka. Lebih kejam, kepala mereka dihantuk ke dinding. Tak dapat dibayangkan bagaimana kesakitan yang ditanggung mereka sepanjang berada di sana.

Adik. B : – di pukul, lempang, pijak sebab cuba lari. XXX nak amik anak dia (Baby S) untuk diberi pada orang lain. Dia dapat tahu, dia lari sehelai sepinggang. 3x attempt lari tak berjaya. Setiap kali cubaan lari, kena tangkap dan kena pukul. Lepas kes **** viral, Adik B contact seseorang cerita hal ini.

Adik C :- di pukul, tak dapat jaga anak dia sampai depressed budak tu. Kelar tangan. Dia cakap baik dia mati je. Dia lost hope dah.

Adik D :- Mengandung 7 bulan, lari panjat pagar, dapat tangkap. Lepas tu xxxx tarik rambut dia, seret dari hall ke dapur. Sepak dia sampai mulut dan hidung berdarah. Dia beranak malam tu/esoknya di **, dan dia terus balik lepas discharge dari HKL.

Dakwa individu ini lagi, segala maklumat yang diberikan ini merupakan info sahih yang diperoleh daripada sumber primer. Dalam pada itu, Mohd Fadhli Salleh mengharapkan keadilan buat kanak-kanak yang didakwa didera oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Bukan itu sahaja, dia berharap agar individu yang terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak akan mendapat hukuman yang setimpal.

‘Sampai bersalin atas lantai’

Sumber: Mohd Fadhli Salleh