Kenyataan ‘guru boleh dihukum jika berleter’ adalah TIDAK BENAR!- Ini Penjelasan KPM

Kenyataan ‘guru boleh dihukum jika berleter’ adalah TIDAK BENAR!- Ini Penjelasan KPM

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin menafikan dakwaan tular di media sosial di mana guru-guru boleh dihukum sekiranya berleter kepada murid.

Menerusi kenyataan di Facebook itu, beliau menegaskan bahawa kementerian tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

radzi jidin

Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut. KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.

Beliau menyeru guru-guru dan ibu bapa menyemak kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkannya.

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia

kpm
guru

Terdahulu, tular di media sosial senarai hukuman yang dilarang dikenakan ke atas murid. Senarai yang tidak masuk akal itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

guru

Kredit: Facebook Dr Radzi Jidin