Kenapa tertuduh dalam kes buli Zulfarhan terlepas hukuman mati? Ini jawapannya

Kenapa tertuduh dalam kes buli Zulfarhan terlepas hukuman mati? Ini jawapannya

Susulan keputusan Hakim Datuk Azman daripada Mahkamah Tinggi mengenai hukuman enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlepas hukuman gantung sampai mati di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu, ia ternyata telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Ini berikutan hukuman yang dikenakan terhadap enam tertuduh utama iaitu Akmal Zuhairi, Azamuddin Mad Sofi, Najib Mohd Razi, Afif Najmudin, Abdoul Hakeemm dan Mohamad Shobirin hanyalah ‘sekadar’ 18 tahun penjara manakala bagi 12 orang tertuduh yang lain pula 3 tahun penjara.

Menjelaskan sebab hukuman tersebut ditukar daripada Seksyen 302 yang membawa hukuman gantung sampai mati, seorang peguam menerusi akaun TikToknya tampil memberi sedikit info mengenai fakta kes.

@syafiqsb123 Kenapa Pelaku dalam Kes Zulfarhan UPNM terlepas Hukuman Mati 302? #criminal #law #upnm #zulfarhan #learnontiktok #fyp ? #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk

 

 

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Syafiqsb123 ini, pelaku dalam kes Zulfarhan tersebut telah didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat untuk membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Enam tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 telah ditukar kepada Seksyen 304 (a) Kanun Kesekssan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun.

Manakala 12 lagi penuntut UPNM yang turut terlibat  telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Buletin TV3Sumber : Twitter Buletin TV3  

Allahyarham Zulfarhan dilaporkan telah didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.