“Kenapa perlu jahanamkan hidup dia?” kakak Haqiem Stopa dakwa adik dianiaya
Kakak kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa meluahkan kekecewaan apabila adiknya menjadi mangsa aniaya oleh seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih atas tuduhan ugut untuk menyebarkan foto dan video lucah.
Doa orang dianiaya selalu termakbul, kebenaran pasti terbongkar
Walaupun dihimpit dengan pelbagai spekulasi, wanita itu tetap tidak menyerah memberi sokongan kepada Haqiem dan menegaskan mereka akan membongkarkan kebenaran juga suatu hari nanti.
Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan kesyukuran kepada mereka yang masih mempercayai dan mendoakan urusan adiknya dipermudahkan.
Malah, dia juga sangat berterima kasih kepada individu yang merancang bagi menganiaya adiknya sehingga maruah mereka sekeluarga tercemar.
“Terima kasih juga kepada yang merancang dan menganiaya dia. Doa irang aniaya ini selalunya makbul.
“Harap korang bersabar dulu. Dia ada sahaja. Satu sahaja saya minta, tolong kuatkan dia, nasihatkan dia, naikkan semangat dia. Ada hikmah disebalik kejadian,”tulisnya dalam hantaran di laman TikTok.
@ladyspaint86 Terima kasih pada yg mndoakan@Haqiem_stopa dn terima kasih jugak pda yg merancang dan menganiaya dia.Doa org aniaya ini selalunya makbul.Harap korg brsabar dlu.dia ade je tu,satu je sy mntak tolong kuatkan dia,nasihatkn dia,naikkn semangat dia.ade hikmah di sebalik kejadian.thank u sume pda yg thinking positive for him#ikonpermotoran #haqiemstopa comeback👏#mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover
Kakak tahu kisah sebenar
Tidak berpihak kepada sesiapa, wanita itu memberitahu dia tahu cerita sebenar yang berlaku. Lantaran itu, dia meluahkan kekesalan apabila bekas kekasih adiknya sanggup ‘menghukum’ Haqiem Stopa sedemikian rupa.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, wanita berkenaan turut memberi nasihat kepada golongan lelaki di luar sana supaya tidak terlalu bodoh tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta.
“Sebabkan kebodohan kau, kau kena seperti ini. Aku harap benda ini jadi iktibar buat semua orang. Jangan terlalu sayangkan perempuan. Kau akan jadi bangang gila,”ujarnya.
@ladyspaint86 Sebabkan kebodohan kau,kau kena cenggini.Aku harap bnda ni jdi iktibar buat sume org.jangan trlalu syang kt pmpuan.bla ko trlalu syang ko akn jdi bangang giler babi faham x😌#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover
Kenapa perlu jahanamkan hidup dia?
Apa yang dikesali oleh wanita tersebut adalah individu berkenaan yang pernah bertakhta di hati adiknya sanggup berbuat sedemikian sehingga mempersoalkan ‘alasan’ bekas kekasih Haqiem Stopa tidak berbincang terlebih dahulu.
“Kau tak kena gaya (cara). Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau (bekas kekasih) bertahun-tahun, selepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.
“Tapi, apabila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem),”ceritanya.
@ladyspaint86 ko nk ttup silap kau kan.ko tunggu aku bukak sume cter lpas tu nnt ko gali lubang dalam dlam pastu ko ttup ya nyah😉Skang ko bagi aku susah.nnt ko tunggu jap.Aku bgi ko senang😊ko nari dlu puas😃#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover #putar selagi boleh
Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: TikTok @ladypaint86