‘Kenapa kira, bukan kedai ni free ke?’-pelanggan

‘Kenapa kira, bukan kedai ni free ke?’-pelanggan

Tidak dinafikan kewujudan food bank semakin bertambah saban hari, kemudahan ini menyediakan pelbagai barangan keperluan asas yang boleh diambil secara percuma. Inisiatif yang dilaksanakan secara tidak langsung membantu mana-mana individu yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Namun, di sebalik kewujudan food bank di tempat-tempat terpilih, tersingkap sebuah kisah yang berjaya menghiburkan warganet.

 

‘Ambil barang macam stok sebulan’

Menerusi tulisan Muhd Hafiz Zainuddin di laman Facebook, menceritakan pengalaman adiknya berdepan dengan satu situasi di mana seorang pelanggan yang datang ke kedai runcitnya dan mengambil barangan keperluan harian. Bagaimanapun, pelanggan tersebut ‘kebingungan’ apabila pemilik kedai itu bertindak mengira jumlah harga barang yang diambil.

Adik abam hantar. Ada customer mai datang Jasa Mart Grocer amik barang macam stok untuk sebulan.
Lepas daripada tue adik abam pon start kira.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila pelanggan tersebut sempat ‘bertanyakan’ kepada pemilik kedai mengapa dia berbuat demikian. Ujar pemilik kedai, barangan percuma yang disediakan hanya terletak di rak hadapan kedai bukannya barangan yang berada di dalam kedai. Pada masa yang sama, pemilik kedai menjelaskan barangan yang diletakkan di food bank adalah terhad.

Customer tanya, eh! kenapa kira, bukan ini kedai bagi free ke saya tengok iklan. Yang free tu atas rak depan tu dan itu pon kami limitkan pengambilan nak bagi semua merasa.

Foto: Rak sebenar yang berada di hadapan kedai

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan apa yang telah terjadi. Jelas netizen lagi, tindakan individu tersebut disifatkan sebagai tidak wajar kerana mengambil barangan melebihi apa yang diperlukan olehnya.

Sumber: Muhd Hafiz Zainuddin