Kenapa block Caprice? Ebit Lew jawab ada kaitan arwah bapa

Kenapa block Caprice? Ebit Lew jawab ada kaitan arwah bapa

Sebentar tadi, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi live di beberapa platfom tampil menjelaskan perkara ‘sebenar’ susulan kontroversi misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. Apa yang diceritakan oleh beliau adalah berdasarkan beberapa dakwaan yang dilemparkan oleh penyanyi rap, Ariz Ramli dan aktivis terkenal di Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman.

 

Sama sekali tak pernah cium kaki

Foto: Tangkap layar video

Ujar UEL, tomahan yang diberikan sama sekali tidak benar apabila dia didakwa melutut dan mencium kaki Menteri di Gaza. UEL menjelaskan dia tidak pernah melakukan perkara tersebut yang sama sekali bertentangan dengan apa yang telah diajarkan oleh agama.

Berbicara lebih lanjut, UEL mengambil keputusan untuk block Caprice di laman Instagram susulan tindakannya yang disifatkan sebagai terlampau ‘negatif’ ditambah pula, waktu yang tidak bersesuaian apabila UEL baru sahaja kehilangan ayahnya yang tersayang baru-baru ini akibat akibat menghidap penyakit kanser perut tahap akhir.

Dia kata saya tak patut post pasal melawat ayah. Ini perangai macam kawan atau sahabat, dia boleh marah macam tu. Luka hati saya. Saya ambil phone tu, saya lempar sebab saya sedih sangat.

UEL juga menafikan sekeras-sekerasnya berhubung dakwaan yang mengatakan beliau telah mencuri dokumen yang akan digunakan oleh Caprice, Pencetus Umah (PU) Harris, Neelofa dan Heliza bagi membolehkan mereka untuk masuk ke Gaza. Berbicara mengenai sijil yang diterima, UEL menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah membeli sijil Duta Muhibbah yang diberikan oleh Menteri di Gaza.

Dia tegur pasal patung. Kemudian tegur pasal saya melawat ayah saya. Saya sedih, sebab dia macam kawan. Ayah tengah nazak, bukan lawat biasa. Bagi saya ia melampau & sedih. Kemudian ayah saya meninggal dunia. Yang menyakitkan hati saya blocked.

Wallahi saya tak pernah bincang denga Neelofa, Harris dengan Caprice untuk pergi ke Gaza. Saya sangka baik, mungkin dia stres makan pil. Wallahi memang saya tak pernah jumpa mereka untuk bincang pergi Gaza.

Pada masa yang sama, UEL turut akui hatinya terluka dengan segala tuduhan-tuduhan yang tak berasa yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada keluarganya.

Live penuh:

Sumber: Ustaz Ebit Lew