“Kenapa ayah tak bangun Subuh?”, gelagat si kecil ini buat ramai terhibur

Melayan kerenah anak kecil memang kadang-kadang sangat menghiburkan. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sudah pandai bercakap, memang seronok kalau diajak berbual. Macam yang dikongsikan dalam video ini apabila keletah kanak-kanak perempuan ini yang sangat menghiburkan ramai.

Pada usia begini, kanak-kanak biasanya mempunyai banyak soalan memandangkan sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi. Dan biasanya ibu bapa akan memberikan jawapan kepada setiap soalan yang ditanya mereka kan. Namun lain pula dengan soalan dari kanak-kanak perempuan ini yang mencuri tumpuan ramai.

@nurulizzah556

AYAH dia pun sejenis Tak nak kalah 🤣 #family #fyp

♬ original sound – Nurul Izzah – Nurul Izzah

Di dalam video yang dikongsikan ini, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berbual dengan ayahnya yang sedang makan. Tiba-tiba kanak-kanak itu bertanya kenapa ayahnya tidak bangun untuk solat subuh pada pagi itu. Lelaki itu kemudian memberitahu anaknya pada pukul berapa dia bangun dan siapa yang membuat susunya kalau bukan si ayah ini.

Gelagat ayah dan anak ini yang bersembang mengalahkan orang dewasa turut mencuit hati netizen. DI ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihatkan kanak-kanak ini bersembang yang mengingatkan ramai tentang pergaduhan di antara adik beradik. Ada juga yang pernah melalui situasi yang sama semasa berbual dengan anak mereka yang masih lagi kecil.