“Kenapa aku dengar nama makanan dalam lirik lagu BTS ni?”

“Kenapa aku dengar nama makanan dalam lirik lagu BTS ni?”

Setiap kali bulan Ramadan, nafsu makan memang jadi berbeza. Makanan yang tidak membuat kita begitu berselera pada hari biasa, tiba-tiba kelihatan begitu sedap ketika sedang berpuasa.

Apabila memikirkan tentang apa yang ingin dimakan ketika buka puasa pula, mulalah muncul di fikiran segala jenis makanan dan pencuci mulut yang membuat kita rasa mengidam, walaupun sebenarnya kita hanya lapar.

Kadang kala nafsu perut yang sedang lapar begitu tinggi sehingga semua benda di sekeliling mengingatkan seseorang itu kepada makanan, seperti rambut rakan yang kerinting membuatkannya teringatkan kepada mi goreng, dan kucing yang gemuk mengingatkannya kepada ayam goreng.

Apa yang dilalui oleh seorang lelaki ini lebih parah apabila dia mendengar lagu BTS buat pertama kali ketika sedang berpuasa, dan lirik yang didengari semuanya adalah nama makanan.

 

Mendengar perkataan dalam bahasa asing yang kita tidak faham akan serta merta membuatkan kita cuba mengaitkan lirik dengan bahasa kita sendiri.

Namun perkataan-perkataan yang didengari oleh lelaki itu dalam lagu kumpulan Kpop tersebut membuat ramai geli hati kerana semuanya adalah nama makanan, antaranya termasuklah kuih koci, bihun mee, pavlova, jus kiwi, kuih keria, dan murtabak.