“Kenapa abah pejam mata & tak bangun-bangun?”, Arja Lee terkilan arwah ayah tak sempat tengok ‘Scroll Master’
Pelakon, Arja Lee telah kehilangan insan tercinta apabila bapanya, Ramli Uteh dilaporkan meninggal dunia semalam. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Arja menerusi akaun Instagram miliknya.
Kenapa abah pejam mata?
1943 – 2021: Abah, kan adik dah bagi tahu abah yang abah kena ada, kena datang dan abah kena tengok scroll master adik tak lama jer lagi abah. Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan?Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak anak abah berjaya dalam hidup! Itukan doa abah.
Tapi semalam, jam 4.45 petang tadi lepas asar kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun bangun? Adik dah balik ni bah, nak jumpa abah. Abah kena peluk adik tau! Adik tak sabar nak jumpa abah. Adik dah tak boleh nak menaip, adik sedih sangat sebab adik belum sedia untuk tak dapat jumpa abah lagi. Al- Fatiha buat Abah.
Menurut Arja, dia berasa terkilan apabila hasrat arwah bapanya untuk melihat dirinya mengenggam ijazah sarjana tidak kesampaian. Jelas Arja, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan tersebut malah mengakui belum bersedia untuk menerima kenyataan itu.
Terima kasih semua
Alhamdulillah atas rahmat dan izin Allah swt, pengebumian jenazah Haji Ramli bin Haji Uteh abah telah kami sempurnakan. Terima kasih tak terhingga pada setiap satu individu atas kasih sayang dan bantuan anda. Hanya Allah dapat membalasnya, syukor yang teramat sangat!
Teristimewa buat pihak hospital kuala pilah, jiran jiran tetangga, rakan rakan surau abah, saudara mara dan juga team pengurusan jenazah dari taman serting indah Jempol , mulia sungguh pengorbanan dan jasa anda ! Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga, Al Fatiha buat Abah.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memberi ucapan takziah buat Arja dan keluarga. Mereka turut mendoakan supaya Arja tabah dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sumber: Arja Lee