“Kena Covid tapi tak tahu…”- ibu share pengalaman jaga anak lepas kena Covid-19

“Kena Covid tapi tak tahu…”- ibu share pengalaman jaga anak lepas kena Covid-19

Umum mengetahui selepas dijangkiti wabak Covid-19 pasti kesan sampingan akan berpanjangan seperti sakit dada, sesak nafas dan mudah penat. Perkara ini sering kita dengar berlaku terhadap orang dewasa namun berkemungkinan juga berlaku terhadap kanak-kanak dan gejala ini dipanggil Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

Perkara ini sama seperti perkongsian pengalaman seorang ibu di laman Facebook yang menjaga anaknya kerana mengalami gejala teruk MIS-C selepas dijangkiti COVID-19.

IBU KONGSI PENGALAMAN JAGA ANAK SELEPAS DIJANGKITI COVID-19

Jadi saya nak kongsi pengalaman anak yang baru survived dari MIS-C. Nak kata 100% recovered pun saya tak boleh assure sebab dia masih ada temujanji dengan pakar kanak-kanak dan pakar jantung kanak-kanak.

Saya tengok ramai yang marah bila kata nak bagi vaksin pada kanak-kanak. On my point of view, saya sokong vaccine untuk kids.

1.12.2021: Zharfan start demam. So mama terus start PCM macam biasa. Mak anak ramai ginilah, standby ubat sedia. Anak dedo sikit terus bagi ubat. Tak mau telan,mama abah sumbat. Masa ni dia masih mau minum dan makan.

2.12.2021: Masih demam. dah mula tak dak selera makan. Dia dah mengadu sakit perut. jadi,ingat sebab dia tak makan so dia sakit perut. Dia masih minum air milo dan susu. Makan nasi lemak pun tak habis.

3.12.2021: Demam lagi. Tapi pagi jumaat ni lepas makan ubat dia boleh bangun main-main sat. Mai petang dia makin tak larat, duk terbaring. Silap mama abah tak terus bawak ke Hospital Jitra.

4.12.2021: Siang masih terbaring. Bangun untuk pi toilet dan minum air Cuckoo ja. Silap mama sebab tak paksa makan. Dia memang hilang selera makan. Dia dah dehydrated harini.

Gambar sekadar hiasan

Pukul 8 malam baru bawak pi Hospital Jitra. Mama abah memang suka bawak terus ke Hospital Jitra sebab depa ada klinik lokum so tak kacau kecemasan. Then, Dr Jitra terus drip dan pindah ke kecemasan, drip sebotol.

Dr bagitau kena transfer ke Bahiyah ni, sebab takut ada apendicitis. Naik ambulan dalam 4pagi. Sampai HSB jam5. Duduk sat di zon kuning.

Pagi 5 .12.2021: Ambil darah macam biasa. Banyak test dibuat. Yang mama ingat, betapa mencabarnya nak collect stool dia.

Sangat watery sebab dia tak makan any solid food since day 1 dia demam. So dah 5 hari dia makan. Antara test yang mama ingat Dr buat:

  • test lepto untuk kencing tikus
  • dengue
  • hati
  • buah pinggang

POSITIF COVID 5 MINGGU LEPAS, PUNCA DEMAM & MASUK ICU

Alhamdulillah yang ni semua okay sehinggalah Dr buat test antibodi Covid-19 dan test tu positive. Sedih tak tau nak habaq, sebab bila antibodi Covid-19 tested to be postive, maksudnya dia pernah kena Covid 4-5 weeks sebelum ni.

Gambar sekadar hiasan

Masa dia active Covid waktu tu, kami tak buat test. Mungkin masa tu mild ja simptom dia. Sebab depa ni demam tu macam selalu. Tapi selalunya, bagi PCM terus lega dalam masa 3 hari

6.12.2021: Dr kata dia nak kena pindah ke PICU untuk masukkan ubat. Dr sebut IV-IG. Mama tak pelik ubat ni sebab time Nurin pun dah masuk ubat ni sebab kuning dia tinggi. Ada satu antibodi tu positif so kena IV-IG.

7.12.2021: Masuk PICU untuk Iv-IG, mama pun balik tak tunggu, Wayar untuk monitor jantung dan oksigen berselirat. Line IV pun penuh kaki tangan untuk ubat. Makan steroid yang kuat untuk kurangkan keradangan. Air keliling jantung tu sebab berlaku keradangan.

MIS-C stands for Multisystem Inflammatory Syndrome in Children. Dia duduk di ICU sampai 20.12.2021.

20.12.2021 baru pindah wad biasa. Masa duk PICU Dr panggil tengok dalam 2 kali. Hari-hari lain just pi hantar pempes saja. Memang bedridden dalam PICU.

Start cabaran nak bagi makan ubat. Sebab di PICU ada ryle’s tube untuk feeding susu. Jadi Dr bagi ubat melalui tiub tu dulu. Lepas Dr cabut ryle’s tube tu baru dia boleh telan ubat sendiri.

20.12.2021 -26.12.2021: Duduk wad biasa untuk monitoring makan ubat untuk kurangkan air keliling jantung dan salur darah dalam jantung kurang bengkak.

Kesan MIS-C ni untuk zharfan. dia affect jantung. Dr pakar di PICU bagitau, ramai dah kanak-kanak masuk wad sebab macam ni.
Bahasa mudah dia, dah pernah kena COVID tapi kita tak tau.

Secara peribadi, yang saya faham (Mungkin tak betul dalam medical term) Budak-budak antibodi kuat, dia lawan sendiri masa COVID aktif. Sampai satu tahap bila badan dah tak boleh lawan, baru badan akan tunjuk kesan dia,

Kesimpulan dia, Zharfan kena POST-COVID Complication yang mana Dr kata complication ni lagi teruk dari waktu aktif COVID tu sendiri. Ada juga Dr kata 50-50.

Jadi, tak usah la kecam mengecam. Hang xmau ambik sudah. Hang jangan ajak orang untuk tak ambik. Tak kena tak tau. Telinga mama macam telinga belanga dah, duk dengar Dr discuss masa round.