Kena bebel sebab pecahkan pintu, 5 ekor kucing buat muka tak bersalah, “Selamber nya muka tu”

Kena bebel sebab pecahkan pintu, 5 ekor kucing buat muka tak bersalah, “Selamber nya muka tu”

Tak ubah seperti anak-anak kecil, menjaga kucing juga sebenarnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana haiwan comel itu mempunyai pelbagai tingkah laku yang tak terjangka.

Gelagatnya yang nakal boleh membuatkan kita terhibur, tetapi ada kalanya juga boleh menaikkan tekanan darah. Nak marah lebih-lebih kan sayang, jadi terpaksalah terima dengan redha ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh mereka.

Ia lebih kurang sama dengan situasi yang dialami oleh pengguna TikTok, Shah Edrian, yang terpaksa bersabar dengan karenah kucing-kucingnya yang telah menjatuhkan pintu sliding di dalam rumahnya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Shah, pintu sliding itu dilihat terjatuh dan pecah di atas lantai sambil disaksikan oleh ‘pelaku-pelakunya’.

Entah macam mana pintu tersebut boleh terjatuh tetapi lima ekor kucing itu dikatakan bermain kejar-kejar sesama mereka.

Bila sudah kantoi, kesemua kucing itu dilihat hanya duduk mendiamkan diri dengan wajah ‘yang tak bersalah’ dan tekun mendengar bebelan daripada ‘bapa’ mereka.

“Bela dari kecik, bagi makan sedap-sedap, ini yang korang buat,” bebel Shah.

Ya Allah kuatkanlah kesabaran aku

@shahedrian90

penangan anak² 🥲 ya allah kau kuatkanlah tahap kesabaran ku ya allah… #fypシ #kucinghitam #foryoupage #viral

♬ original sound – shah edrian – shah edrian

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 449.1 ribu tontonan di TikTok dengan komen-komen netizen yang terhibur melihat gelagat kucing itu.

Sumber: Shah Edrian