“Kena bayar RM279 masa terima barang, nasib check dulu kotak datang dari mana…”, Memang scam!

“Kena bayar RM279 masa terima barang, nasib check dulu kotak datang dari mana…”, Memang scam!

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Norashikin Othman berkongsi taktik terbaru yang digunakan oleh ‘scammer’ dalam menipu orang ramai. Memang tak patut!

Beli jam murah dekat Facebook

Foto: Norashikin Othman

Kisahnya bermula, apabila suaminya memberitahu akan ada barang yang sampai dan meminta dia untuk menyediakan duit sebanyak RM279 bagi membayar barangan yang ditempahnya. Pada mulanya, wanita ini agak kebingungan kerana tahu suaminya jarang untuk membeli secara atas talian.

Ibu tanya, abang beli apa ni? Beli jam katanya. Okay lah. Suara dia mcm excited kata harga sebelum sale 1k lebih. Ibu macam dah terdetik murahnya, pastu kenapa COD? Baba pesan nanti buka dulu sebelum bayar. Ibu macam okay. Cepat-cepat nak letak, nak pergi ambil duit baba. Baba hantar gambar jam.

Selepas lima minit, syarikat penghantaran tersebut tiba di pintu rumah dan wanita ini menjelaskan dia mahu membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu. Namun, jelas penghantar barang tersebut bungkusan itu sama sekali tidak boleh dibuka.

Dia kata tak boleh kak, procedure courier. Ibu faham jee. Tapi tula macam sesuatu sangat tau parcel tu. Adik ***** tanya, husband akak beli apa ni? Kotak ni ringan sangat, tak macam ada barang. Abang akak beli jam dik. Pastu adik ***** cakap cuba akak hanta gambar kotak ni kat husband akak. Ibu pun buat video call (VC), abang tak boleh buka parcel. Tanya beli kat mana? Dia kata dekat Facebook tak ingat bila. Ahh sudah. Pastu ibu letak lah VC.

Ramai pelanggan dah kena

Foto: Norashikin Othman

Jelas penghantar barangan tersebut lagi, sudah ramai pelanggannya yang ditipu menggunakan taktik yang sama dan dibeli menerusi Facebook. Apa yang lebih mengejutkan, apabila wanita ini bertindak menggoncang kotak tersebut dan mendapati kotak itu ringan dan seolah-olah tidak mempunyai sebarang barang yang berisi.

Adik ***** cakap, kak selalu barang-barang daripada crossborder ni scammer kak. Call baba cakap bang takda benda dalam ni. Ibu tak amak ya. Pastu cakap dgn adik *****, dik akak tak ambil lah. Risau scammer lah. Takpe kak, bagus akak tak amek. Saya pun risau. Terima kasih ya dik inform.

Pada masa yang sama, penghantar barangan itu menjelaskan seseorang itu boleh menolak barangan yang diterima oleh mereka dan membuat pesanan mesej untuk membatalkan pesanan.

Korang hati-hatilah ya terima parcel ni, nak-nak yg cod ni. Aduhhh Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk tidak menerima. Terima kasih jugak adik ***** yang concern dgn parcel. Alhamdulillah, rezeki masih lagi orang dalam rumah ni iaitu ibu. Nak cari duit punya lah payah musim pandemik ni. Engkoo sesuka hati jee nak scam orang. Pleasee aware semua. Kita yang muda ni mungkin boleh lah nak google dulu ke apa, kalau kena kot orang tua?

Sumber: Norashikin Othman