Kemunculan pertama Sultanah Diana Petra Abdullah tarik perhatian ramai

Kemunculan pertama Sultanah Diana Petra Abdullah tarik perhatian ramai

Sebulan selepas diisytihar Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah hari ini berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan berkata, rombongan diketuai Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan disertai beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Turut hadir, Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.

Pada 2 Ogos lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa tarikh berkenaan.

Menerima Mengadap

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan PKDK di Istana Negeri Kubang Kerian di sini hari ini.

Perkara tersebut dimuat naik oleh laman sosial FacebookUnit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Ini merupakan kemunculan pertama Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan di Istana Negeri selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Pada majlis itu, baginda berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.

Rombongan diketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz Presiden Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Turut sama hadir menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato’ Sri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, YM Dato Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal Tengku Kaya Perkasa dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan.

 

Cantik Tuanku Sultanah Kelantan. Baru pertama kali lihat isteri Sultan.

Kredit : sinar harian