“Kemain Jeling…”Anak cemburu tengok mak bermesra dengan ayah
Anak perempuan biasanya memang lebih rapat dengan ayah semasa mereka kecil. Mungkin sebab itu lah biasanya kita akan menggelarkan anak perempuan yang manja dengan si ayah sebagai daddy’s girl. Sama seperti situasi yang dikongsikan wanita ini apabila anaknya cemburu apabila melihat dia dan suami bermesra.
Oleh kerana terlalu manja dan rapat dengan ayahnya, kanak-kanak perempuan ini tidak dapat menerima kenyataan melihatkan ibunya manja bersama ayah. Lebih mencuit hati, reaksinya apabila melihat si ibu yang sengaja menyakatnya dengan ‘merampas’ si ayah darinya. Rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat ibu dan anak ini.
@natashapremium jeling hang noh 😒, hang jaga nah #tiktokmalaysia #fyp #tiktokviral #CanYouBendChallenge #powerAwesome #numiskincare
Di dalam video yang dikongsikan ini, si ibu sengaja menyakat anak perempuannya itu sambil mengatakan rasa sayangnya pada lelaki itu. Dia kemudian berlakon kononnya mengucup tangan lelaki itu sehingga membangkitkan kemarahan anaknya. Namun tidak lama kemudian, dia berkongsi anak perempuannya sudah pun merampas kembali suaminya dan duduk di pangkuan lelaki itu.
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak perempuan itu siap menjeling dan memberikan reaksi tidak puas hati apabila dirakamkan ibunya. Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat cemburu kanak-kanak perempuan ini apabila ayahnya dirampas. Kedua-dua mereka yang saling berebut kasih sayang dari lelaki itu turut mencuit hati netizen.