Keluarga tergamam kereta depan rumah dibakar, rupanya penghuni lama pinjam Ah Long

Keluarga tergamam kereta depan rumah dibakar, rupanya penghuni lama pinjam Ah Long

Di Johor Bahru, sebuah keluarga berdepan dengan detik cemas apabila kenderaan mereka dibakar oleh individu misteri yang dipercayai ahli kumpulan ceti haram.

Lebih menakutkan, keluarga tersebut turut menerima nota berunsur ugutan.

Terima nota ugutan

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, siasatan awal mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah kerana penghuni rumah turut menerima nota ugutan daripada pelaku.

Penghuni baharu yang mendiami rumah itu sejak setahun lalu mendakwa bebas daripada hutang ceti haram. Dipercayai penghuni lama pernah berhutang dengan ceti haram sehingga penghuni baharu menjadi sasaran. Satu nota ditemui di tempat kejadian dan kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5 pagi itu menyaksikan kereta keluarga berkenaan telah musnah sebanyak 50 peratus akibat terbakar.

Buat laporan polis

Mangsa juga telah berkongsi foto mengenai laporan polis yang telah dibuat olehnya. Ujar mangsa, kumpulan ceti haram tersebut salah alamat dan bertindak terhadap orang yang salah.

Mangsa turut memberitahu bahawa dia dan ahli keluarganya tidak meminjam duit daripada mana-mana ceti haram. Oleh itu, dia terkejut sebaik sahaja mendengar bunyi letupan yang berada di luar rumah dan menerima sepecuk nota berbaur ugutan.

Sumber: Berita Harian & Navin Kumar via Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

COMMENTS