‘Keluarga kami diserang penyakit Covid-19’ – Rebecca Nur Islam

‘Keluarga kami diserang penyakit Covid-19’ – Rebecca Nur Islam

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan tujuh anggota keluarganya serta tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19. Berita berkenaan telah dimaklumkan olehnya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

 

Anak dan pembantu rumah juga positif

Difahamkan, suami dan enam anaknya telah disahkan positif Covid-19. Pada masa yang sama, Rebecca menjelaskan dirinya termasuk dua orang anak dan tiga lagi pembantu rumah didapati negatif dalam ujian saringan yang dilakukan.

Assalammualaikum dukacita di maklumkan pada hari ni iaitu hari Khamis, saya Mummy Becca mewakili En Suami serta seisi keluarga ingin memberitahu keluarga kami diserangi penyakit Covid-19.

Di dalam keluarga kami yang positif suami, Dato Norazam dan anak kami enam orang positif. Pembantu kami positif tiga orang. Dengan itu, saya tersangat sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita.

Tapi apapun saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri Mummy Becca negatif. Dan dua orang anak saya negatif. Tiga orang pembantu saya juga negatif.

Minta maaf jika ada close contact

 

Tidak berakhir di situ, dia memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan buat keluarganya. Pelakon itu juga turut meminta maaf kepada individu-individu yang telah berjumpa dengannya sebelum ini, dan menyarankan mereka untuk membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit dari yang lain.

Minta maaf jika ada close contact yang terdekat dalam masa 7 hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya. Doa anda semua saya perlukan.

Sumber: Rebecca Nur Islam