Keluar kenyataan berkait Puteri Sarah, ahli keluarga Ira Kazar terima notis peguam

Keluar kenyataan berkait Puteri Sarah, ahli keluarga Ira Kazar terima notis peguam

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana mendakwa salah seorang ahli keluarga Ira Kazar memberi kenyataan berkaitan dengan dirinya menerusi media sosial, baru-baru ini.

Menurut laporan BH Online, peguamnya telah meneliti kenyataan tersebut dan mendapati ia melanggar perintah injuksi interim yang diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lalu.

 

 

“Ada ahli keluarga pihak defendan melanggar perintah injuksi. Jadi, kes ini diserahkan kepada peguam.
“Sepatutnya, pihak defendan tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial. Itu tidak sepatutnya berlaku.
“Disebabkan itu, peguam sudah dapat mengesan individu di kalangan ahli keluarga defendan membuat kenyataan membabitkan nama saya dalam media sosial,” kata pelakon berusia 37 tahun itu.

 

 

Bercerita lanjut, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu berkata, pada mulanya dia enggan ‘mengambil pusing’ mengenai perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh netizen.

“Namun, netizen maklumkan dan saya terus menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mendapatkan kepastian sama ada melanggar perintah injuksi atau tidak.
“Peguam mengesahkan ia melanggar dan surat peguam sudah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam,” ujarnya.

 

Pada 28 Jun lalu, peguam Puteri Sarah menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

 

Perintah itu diperoleh dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur meminta pihak defendan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Puteri Sarah atau berkaitan dengannya di media sosial.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Puteri Sarah & Ira Kazar