Kelibat Billie Eilish di Plaza Sungei Wang, ramai teruja nak hadir konsert

Baru-baru ini, kelibat penyanyi tersohor antarabangsa, Billie Eilish yang berkunjung di sebuah pusat beli-belah Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, ramai meluahkan rasa kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh penyanyi tersebut kerana tidak memilih pusat beli-belah ternama seperti Suria KLCC, Pavillion atau The Starhill seperti kebanyakan selebriti antarabangsa lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pihak pengurusan Sungei Wang Plaza di platform TikTok, dilihat Billie sedang bermain go-cart di pusat beli-belah tersebut sebelum dirakam orang ramai yang terserempak dengannya ketika berjalan keluar memasuki kenderaan yang menunggunya di luar.
@sungeiwangplaza Billie Eilish & Finneas at Sungei Wang Plaza!! Yooo admin also star struck 😭 #sungeiwangplaza #billieeilish #happierthaneverworldtour #billieeilishinkl #billieeilishinkualalumpur
Turut kelihatan bersamanya adalah abang Billie iaitu Finneas yang juga seorang penyanyi selain kelihatan kelibat rakan-rakan dan pemuzik selebriti tersebut.
@_wnsb Billie Eilish came to you workplace-kinda-day 🥹🙏🏼 #SungeiWangPlaza #HappierThanEverMY #billieeilish #BILLIEEILISHINKL #billieeilishedits
Buat apa tu? Beli cermin mata baru ke?
Meninjau ruangan komen, terdapat warganet meninggalkan komen kelakar tentang kunjungan Billie di Sungei Wang Plaza dengan mengatakan selebriti itu pergi ke sana bagi menempah cermin mata baharu.
Malah, ramai meluahkan keterujaan kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan Billie pada esok di konsert Happier Than Ever, The World Tour yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
@billieeiiish_my Cc to @StephenHo :
Sumber: TikTok @sungeiwangplaza, @billieeiiish_my, @stephenhocs, @_wnsb