Kejam, ibu tergamak seret anak lelaki sehingga maut guna kereta dan buang mayatnya ke sungai

Kejam, ibu tergamak seret anak lelaki sehingga maut guna kereta dan buang mayatnya ke sungai

Seorang ibu mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun dengan cara menyeret mangsa sehingga mati ketika dia berpaut pada kereta sebelum membuang mayatnya ke dalam sungai.

Wanita dari Middletown, Ohio berusia 29 itu mengaku bersalah atas dua tuduhan membahayakan kanak-kanak dan satu tuduhan pembunuhan yang tidak diklasifikasikan.

Menurut pendakwa, ibu yang memiliki empat orang anak itu membawa ketiga-tiga anaknya ke sebuah taman di Preble County dengan niat untuk meninggalkan mereka pada 26 Februari lalu.

Gambar: Metro UK

Namun, ketika wanita itu meninggalkan mereka di situ, salah seorang anaknya telah memaut pintu kereta dan jatuh sehingga mengalami kecederaan di kepala.

Setelah 40 minit, dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke taman untuk mencari mangsa yang sudah pun meninggal dunia.

Menurut mahkamah, dia kemudiannya membawa jasad mangsa serta dua anaknya yang lain berusia tujuh dan sembilan tahun kembali ke rumah mereka.

Dua hari kemudian teman lelakinya dikatakan telah membantu membuang mayat mangsa di Sungai Ohio dengan diletakkan bongkah konkrit sebagai pemberat.

Gambar: Metro UK

Difahamkan, wanita itu akan kembali ke Mahkamah Butler County untuk dijatuhkan hukuman pada 13 September ini.

Dia menghadapi hukuman antara 15 tahun penjara kerana membunuh dan 36 bulan bagi setiap tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Mayat mangsa masih belum dijumpai setelah hampir enam bulan kemudian walaupun pencarian secara meluas telah dilakukan oleh pihak polis.

Gambar: Metro UK

Penolong pendakwa raya Kelly Heile berkata: ”Kita mempunyai dua kanak-kanak masih hidup yang telah mengalami trauma yang tidak pernah dialami oleh kanak-kanak dan pengakuan bersalah ini telah menghalang mereka untuk mengalami trauma lebih lanjut.”

Teman lelaki wanita itu juga berada di mahkamah dan masih menghadapi 15 tuduhan atas penderaan mayat, menghapuskan bukti, membahayakan kanak-kanak dan penculikan.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah kepada hakim dan akan hadir di mahkamah sekali lagi pada akhir bulan ini untuk dibicarakan.

Gambar: Metro UK

Dua anak wanita itu yang selamat dipindahkan dari rumah dan ditempatkan dalam jagaan asuhan atau dengan Perkhidmatan Kanak-kanak, menurut pihak berkuasa.

Wanita itu menggambarkan dirinya di media sosial sebagai ‘ibu sepenuh masa’ dan kerap berkongsi gambar anak-anaknya dengan senyuman bersama teman lelakinya yang disebutnya sebagai ‘suaminya’ dan ‘segalanya’.

Sumber: Metro UK