Kehilangan MH370, penemuan terbaru mungkin akan menemukan kembali pesawat terhempas

Kehilangan MH370, penemuan terbaru mungkin akan menemukan kembali pesawat terhempas

Masih menjadi misteri, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang membawa 293 penumpang dan anak kapal akibat terhempas pada 8 Mac 2014 yang lalu menjadi tumpuan dunia semula berikutan penemuan baru yang dikemukan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey.

Menurut laporan BBC, Richard dilaporkan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk mengkaji tragedi MH370 itu dan telah ‘mengira’ kedudukan pesawat terhempas itu.

Richard Godfrey

Richard percaya pesawat jenis Boeing 777 itu telah terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

 

Jurutera itu memberitahu BBC mengenai kajiannya itu dimana dia telah menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

MH370 Richard Godfrey

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR.” ujarnya.

Sehubungan itu, Godfrey berharap penemuan itu akan dapat memberikan sedikit kesimpulan dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap pesawat MH370 dan bagaimana peristiwa tragik seperti itu dapat dielakkan pada masa akan datang.

 

COMMENTS