Kehadiran Pak Lah di MAHA 2022 berkerusi roda jadi perhatian, ramai doakan moga terus sihat

Kehadiran Pak Lah di MAHA 2022 berkerusi roda jadi perhatian, ramai doakan moga terus sihat

 

Lama tak mendengar khabar bekas Perdana Menteri ke-5 negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah beliau meletak jawatan.

Beliau juga jarang terlibat dalam isu-isu politik yang setiap hari ada sahaja cerita baru yang kadang kala membuatkan kita pening kepala.

Hadir berkerusi roda

Baru-baru ini, kehadiran beliau di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi melihat keadaannya yang berkerusi roda.

Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, beliau yang ditemani oleh isteri, Tun Jeanne binti Abdullah Danker dilihat tetap bersemangat sewaktu dibawa ke Laman Agro-Food Ternakan di MAHA 2022.

 

 

Nampak macam kurang sihat

Dalam pada itu, pengunjung yang turut hadir ke pameran berkenaan juga sempat merakam bekas perdana menteri itu dari jarak jauh.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Tikok dikenali sebagai @dodoshellout itu telah mendapat perhatian ramai memandangkan masing-masing ingin mengetahui keadaan terkini negarawan tersebut.

 

@dodoshellout

#mantanpm

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Cepat sembuh Tun!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah mendoakan agar Tun Abdullah terus diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.

Mereka juga turut meninggalkan komen-komen positif mengenangkan kembali pemerintahan sewaktu beliau menjadi pemimpin negara pada tahun 2003 hingga 2009.

Semoga Allah terus merahmati beliau

Semoga Tun diberi kesihatan yang baik

Lama nanti perkhabaran tentang beliau

 

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, TikTok @dodoshellout