‘Kefasihan’ lelaki I5r4eL ini mencarut dalam BM bikin ramai berdekah

‘Kefasihan’ lelaki I5r4eL ini mencarut dalam BM bikin ramai berdekah

Pasti ramai setuju bahawa salah satu cara yang dapat menarik seseorang itu mempelajari bahasa asing adalah dengan mempelajari kata-kata kesat dan ayat-ayat makian terlebih dahulu.

Mencarut bukanlah sesuatu tabiat yang patut dibanggakan atau diajarkan kepada anak-anak kecil, tetapi hakikatnya ia adalah sebahagian besar dalam bahasa tidak formal, terutama komunikasi harian.

Jika seseorang itu dapat mencarut dengan selesa dalam sesuatu bahasa, ia menunjukkan bahawa dia mempunyai pemahaman yang baik tentang bahasa berkenaan seperti bila situasi yang sesuai untuk dia mengatakan sesuatu perkataan itu.

Perkara ini dapat disaksikan dalam sebuah rakaman perbualan antara seorang remaja dengan seorang lelaki tidak dikenali dari luar negara yang ditemuinya di internet apabila lelaki berkenaan menunjukkan kebolehannya menggunakan Bahasa Malaysia.

 

 

Melalui aplikasi Ome TV, remaja yang dikenali sebagai Aul itu bertemu dengan seorang lelaki Israel yang berasal dari Libya. Sepanjang perbualan, lelaki itu menunjukkan pengetahuannya tentang perkataan-perkataan bahasa Melayu seperti Bossku, sebelum dia mula menyebut kata-kata kesat seperti babi dan anjing.Malah apabila ditanya tentang Israel, lelaki Libya itu terus memaki nama negara tersebut membuat netizen geli hati dan terhibur dengan kefasihannya mencarut dalam BM.