Kedai makan huru-hara, gara-gara kucing ajak gaduh

Kedai makan huru-hara, gara-gara kucing ajak gaduh

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang kadang kala tidak dapat diteka oleh pemiliknya dimana pastinya anda sebagai peminat kucing pernah melihat si comel merajuk atau melakukan pelbagai telatah yang melucukan.

Lihat saja diruangan media sosial, ada ada sahaja telatah si comel ini yang bukan sahaja mengundang rasa geram malah turut merasa terhibur.

Rasanya kucing yang acap kali menjadi bualan akibat kenakalannya yang lain macam, si comel berwarna Oren atau lebih popular dengan panggilan Oyen.

Telatah si oyen ini mengundang rasa terhibur orang ramai sebelum ini.
Telatah si oyen ini mengundang rasa terhibur orang ramai sebelum ini.

Biarpun begitu, ternyata kucing lain daripada warna tersebut juga turut terselit kenakalan haiwan comel ini sepertimana dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok.

Dalam rakaman menunjukkan satu situasi yang cukup menghiburkan warganet apabila seekor kucing berwarna kelabu sedang mengajak seorang pemuda bergaduh. Tidak tahu puncanya, telatah si comel itu mencuit hati penggguna lain.

@asromonzo_5

huru hara jadinya bila harimau dah terlepas dari kandang ni 😂

♬ original sound – ᗷᗩᗪᖇOᑌᒪ – ᗷᗩᗪᖇOᑌᒪ

Perkongsian daripada pengguna atas nama Asromonzo_ itu dihujani pula dengan pelbagai reaksi lucu dimana selain kecomelannya yang mengundang ramai terhibur, sempat juga warganet berseloroh dengan situasi terbabit.