Kedai akhirnya diserbu Jabatan Agama, rakan dakwa pelayan viral sebenarnya dianiaya?

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi dua orang lelaki yang tanpa segan silu bergambar dengan seorang pekerja wanita. Disebabkan hal ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah melakukan siasatan demi membendung perbuatan sama berleluasa dalam kalangan masyarakat.
@afizuddinnawi #SudahKenaSerbuKuasaViral.. #DFloraAirbuah#fypシ゚viral #fypシ🍹🥰 🍹 😋
Selain daripada para isteri, isu berkenaan juga mendapat perhatian daripada penyanyi rap iaitu Caprice. Berdasarkan perkongsiannya di laman Instagram, selebriti itu menganggap tindakan lelaki yang merangkul pinggang pelayan tersebut sebagai satu tindakan tidak bermaruah. Malah, dia turut berasa simpati akan perasaan isteri kepada individu yang terlibat.
Kedai air buah diserbu JHEAT, hanya ingin jalankan siasatan
Dalam pada itu, JHEAT baru-baru ini telahpun melakukan serbuan di kedai air buah berkenaan bagi menjalankan siasatan. Menerusi portal Utusan Harian, kehadiran mereka juga dipercayai hanyalah untuk mengambil keterangan wanita berusia 35 tahun itu sahaja. Bagaimanapun, penjelasan penuh mengenai operasi tersebut masih lagi tidak diketahui.
Dia teraniaya…orang lain buat hal tapi kami yang kena
Pada masa sama, salah seorang pekerja restoran tersebut telah tampil meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku, Jelasnya, rakannya yang dikenali sebagai Darlene itu dikatakan teraniaya gara-gara perilaku tidak senonoh pelanggan mereka. Malah, pelayan berkenaan juga terpaksa mengambil cuti hanya kerana perlu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Kredit: Portal Utusan Malaysia