Kecoh sekolah rendah nak tubuh kelab syaitan

Kecoh sekolah rendah nak tubuh kelab syaitan

 

Sebuah sekolah rendah memutuskan untuk menubuhkan kelab syaitan sehingga mencetuskan tentangan hebat dalam kalangan pemimpin agama dan penduduk negeri Tennessee, lapor portal berita Wion News semalam.

Menurut laporan saluran berita CBS News, ia yang dikenali sebagai Kelab Syaitan Selepas Sekolah.

Ia merancang untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti yang berbeza selepas cuti Krismas hujung tahun ini.

Mulai 10 Januari tahun depan, sekolah itu akan mula mengadakan beberapa siri mesyuarat yang akan berlangsung sepanjang semester musim panas, lapor CBS News.

Kuil Syaitan merupakan gerakan keagamaan baharu berpusat di Amerika Syarikat (AS) akan  mengendalikan kelab itu.

Risalah kuil itu itu menyatakan bahawa kelab itu tidak berniat untuk menukar agama kanak-kanak dan menjadikan mereka mengikut apa-apa identiti agama.

Namun, ia hanya menawarkan aktiviti yang menekankan pandangan dunia yang saintifik, rasionalistik, bukan khurafat, lapor CBS News.

Seorang Pengerusi Lembaga Daerah itu, Althea E Greene dalam pertemuan dengan lebih 40 paderi dan pemimpin agama lain, berkata, “Syaitan tidak mempunyai ruang di daerah ini.”