Kecoh pakar bius sumbat alat kelamin waktu pembedahan, rupanya hampir 30 patient jadi mangsa

Kecoh pakar bius sumbat alat kelamin waktu pembedahan, rupanya hampir 30 patient jadi mangsa

Tempoh hari, satu kejadian yang berlaku di Brazil telah pun mengejutkan satu dunia apabila tular rakaman seorang pakar perubatan telah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas patient kendaliannya. Langsung tidak berhati perut, lelaki berkenaan telah pun menyumbat alat kelaminnya di dalam mulut wanita tersebut ketika sedang lali dibius.

Staf lain curiga bila Giovanni sering bagi dos bius yang tinggi

Walau bagaimanapun, segala kelakuan itu terbongkar selepas staf lain mula curiga apabila Giovanni Quintella Bezerra sering sahaja memberikan dos bius yang cukup tinggi kepada patient. Susulan itu, lelaki berkenaan akhirnya telah pun berjaya ditangkap pihak berkuasa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 8 hingga 15 tahun.

Lepas kantoi, makin ramai tampil buat laporan polis dakwa turut terkena

Susulan penangkapan itu, 3 orang lagi patient lain yang dirawat pada hari berbeza telah pun tampil membuat laporan polis kerana mendakwa turut diperlakukan sebegitu. Malah pihak polis juga tidak menolak ada 30 lagi individu lain juga pernah menjadi tempat melampias nafsu Giovanni ketika bergelar pakar bius.

Kecoh Pakar Bius Sumbat Alat Kelamin, Rupanya Dah Hampir 30 Patient Terkena 2

Kebanyakan patient adalah ibu mengandung yang sedang lalui proses bersalin

Lebih sedih lagi, kesemua wanita yang pernah diperkosa itu ialah ibu mengandung yang sedang melalui proses melahirkan bayi sewaktu di dalam labour room. Tugasnya ketika itu pula adalah untuk memastikan patient sudah dibius sebelum menjalani operation Czer.

Kecoh Pakar Bius Sumbat Alat Kelamin, Rupanya Dah Hampir 30 Patient Terkena 3Kecoh Pakar Bius Sumbat Alat Kelamin, Rupanya Dah Hampir 30 Patient Terkena 4

Kredit: Twitter Mchheda & Portal mStar