Kecoh gara-gara harga ayam RM230, sebuah pasaraya di Singapura Tampil beri penjelasan

Kecoh gara-gara harga ayam RM230, sebuah pasaraya di Singapura Tampil beri penjelasan

 

 

Isu harga ayam yang diimport dari Malaysia menjadi perhatian beberapa hari lalu. Hal ini berlaku apabila sebuah pasaraya di Singapura meletakkan harga sebanyak RM230 bagi seekor ayam dengan label ‘SB Whole Chicken product of Malaysia’.

Ekoran isu ini, semalam, 2 Jun 2022, pasaraya berkenaan telah membuat satu kenyataan melalui laman Facebook milik mereka menjelaskan situasi sebenar.

“Kami ambil maklum dengan gambar yang dikongsi tentang label harga bagi sebungkus ayam dengan label ‘SB Whole Chicken’ yang dilekatkan pada bungkusan berjenama Siwss Butchery.

Imej tersebut merupakan produk ayam kampung organik yang dijual di salah satu kaunter konsesi kami yang dikendalikan oleh Swiss Buthcery. 

Produk ini berharga S$22.50/kg (RM71.64) mengikut tarikah bungkusan label pada 31 Mei 2022. Gambar yang dikongsi menunjukkan berat ayam tersebut melebihi 3kg kerana dua ekor ayam dibungkus dan ditimbang dalam satu bungkusan yang sama.

Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan sebarang salah faham yang berlaku.”

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dalam satu laporan memberitahu sekatan eksport ayam ke Singapura bukan satu keputusan yang mudah.

“Ia bukan satu keputusan mudah untuk kami buat.  Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil.

“Kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran. Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

“Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

“Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura,” katanya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia – hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura.

Sumber: Mothershipsg