Kecoh fasal upgrade kasut mewah, ‘Anwar Ibrahim; jangan fitnah, ia pemberian..”

Kecoh fasal upgrade kasut mewah, ‘Anwar Ibrahim; jangan fitnah, ia pemberian..”

Tular sebuah ciapan yang mendakwa Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melanggar prinsip pemerintahannya tidak mahu bermewah sewaktu mentadbir kerajaan.

Menerusi ciapan dikongsikan oleh @NaratifRakyat, dia mengatakan Anwar sudah ‘upgrade’ kasut yang dipakainya kini kepada yang lebih mahal dari sebelumnya iaitu bernilai lebih daripada RM5,500.

Katanya, apa yang diberitahu oleh Anwar yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah hanya sekadar ‘sembang kosong’ di mana menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

“Pung pang pung pang (sembang kecoh) tolak S600 Mercedes, pakai Chapal. Hari ini dah upgrade ke kasut berharga lebih daripada RM5,500,”tulisnya.

Tidak berdiam diri, ciapan berkenaan telah menarik perhatian empunya badan dan tampil memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.

Anwar berkata, dia tidak kisah seandainya rakyat mahu mempersoalkan kemewahannya asalkan tidak menabur fitnah tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh.

“Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,”ujar beliau.

Dalam masa sama, beliau turut menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan kasut tersebut adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada dua tahun lalu.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

Sumber: Twitter @anwaribrahim